Tuesday, March 23, 2010

Unknown

TERBARU!!! UPM Lahir Jurutera Aeroangkasa Miliki Lesen Penerbangan

NI PETIKAN DARIPADA PENERBITAN UPM


eerrmmm...
sy mencadangkan Mohd Syahidie menyertai syarikat kami pabila beliau tamat pengajian dalam bidang aerangkasa kelak.


hahah...
kn bes lau dia ckp cm 2..
persetujuan 2 pihak...
selamat...!!1



Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melahirkan jurutera aeroangkasa bagi menampung keperluan industri aeroangkasa dengan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta penerbangan tempatan, Akademi Asia Pasifik Flight Training (APFT).


Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak baru-baru ini, bertujuan memberi nilai tambah kepada pelajar Ijazah Kejuruteraan aeroangkasa dengan menawarkan kursus dan latihan penerbangan lesen juruterbang persendirian (PPL) kepada pelajar berkelayakan.


Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata kerjasama itu memberi nilai tambah kepada pelajar program Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa untuk melayakkan pelajar menjadi jurutera kategori C selain jurutera profesional dalam industri penerbangan.


“Selain pelajar yang berkelayakan diizin mendapatkan latihan penerbangan Private Pilot Licence (PPL) pada cuti semester supaya mereka memiliki ijazah dan lesen penerbangan serentak apabila tamat pengajian.”


“Pelajar UPM mendapat latihan hands on penyelenggaraan dan teknologi pesawat di hangar APFT, UPM menggunakan kepakarannya membantu APFT membangunkan program pengajian Maintenance, Repair and Overhaul (MRO),” katanya pada majlis menandatangani MoU antara UPM dengan APFT. Beliau berkata dengan kemudahan yang sedia ada di akademi tersebut seperti simulator, kapal terbang, helikopter serta sistem pengurusan profesional, UPM yakin pelajar Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa UPM akan memperolehi banyak manfaat.

Pengerusi APFT, Dato’ Farouk Othman berkata persefahaman itu akan memberi manfaat khususnya kepada pelajar UPM untuk memperkembangkan kemahiran serta ilmu dalam bidang penerbangan.

“Sebagai sebuah pusat latihan penerbangan yang kini mencapai status IPTS, jaringan ini membuka ruang baru kepada universiti untuk bersama pihak industri bagi meningkatkan pengetahuan pasaran pada masa kini.”

“Segala kemudahan ini disokong dengan sistem pengurusan profesional, pasukan staf teknikal dan pentadbir terlatih bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.


ha tuk adik2 yg nk amek engineering, sila lah amek bidang aeroangkasa sbb bidang ni semakin berkembang sekarang. peluang pekerjaan pn sangat banyak sekarang dlam bidang ni sama ada dalam dan luar negara.

seronok tau amek bidang ni.


lau nk amek, sila amek kat UPM sebab aeroangkasa kuat kat upm berbanding ngn u lain seperti USM, UTM, UTHM 

ha 1 lagi, UPM sem depan nk amek 70-80 org plajar aeroangkasa.
naik 100% 2 dr sblom ni

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
March 23, 2010 at 9:17 PM delete

bgs!!..inilah di nanti2..harap graduan dari universiti byk kemahiran sbb..boleh dikatekan kapalterbang ni sesensitif wanita haha..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 23, 2010 at 10:36 PM delete

btol 2.hahah.
baru lah lahir graduan yg berkualiti

Reply
avatar
FaTiN
AUTHOR
March 25, 2010 at 12:34 AM delete

oo, maknanya sebelum ni sikit aje la UPM ambik students utk kos ni.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 25, 2010 at 1:45 AM delete

ha'ah.skit jer.
1 batch dlm 25 jer.

Reply
avatar
aku
AUTHOR
September 18, 2010 at 11:56 PM delete

salam..rmai ke girl amek course nie??sbb sy mmg bercadang nak amek course nie kt korea..apa pendapat??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 20, 2010 at 8:12 PM delete

grl xrmai..pling rmai pn dlm 1 batch 8 org jer.pling skit 4 orang jer.course ni mmg xrmai la yg amek.so psaingan nk kerja t mmg kurang la.leh ktekan market gak la ble kua t

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 18, 2011 at 3:22 AM delete

ape beza aeronautic and aerospace engineering? which is tougher?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 21, 2011 at 9:48 AM delete

for me aerospace is much more tough cuz aerospace cover in aeronautic and astronautic.its 2 thing in 1 name

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 15, 2016 at 2:26 PM delete

yuran pembelajaran untuk bidang ni berapa?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 16, 2016 at 12:27 AM delete

kalau tuan nak masuk bidang ni, jangan ambik course design. ambik maintenance sbb design xde kerja nnti

Reply
avatar